Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Terakhir





Langkahku dalam Ramadhan 1432H semakin
menghampiri penghujungnya
kini masuk hari yang ke-25 Ramadhan
bagaimanakah pula dengan Lailatul Qadar...
adakah kita berjaya mendapatkan malam tersebut..

Tiada siapa yang pasti adakah Ramadhan kali ini ataupun
kita berjaya berjumpa dan menghabiskan
Ramadhan akan datang
ataupun kita berjaya menyempurnakan
Ramadhan tahun ini dengan bermakna..

Hanya DIA yang MAHA mengetahui
sejauh manakah penilaian yang telah DIA berikan
terhadap apa yang kita lalui sepanjang
bulan yang amat bermakna untuk
seluruh umat Islam..

Semakin Ramadhan ini hampir melabuhkan tirainya
semakin itu manusia sesetengahnya
sibuk dalam persiapan berjumpa dengan bulan kemenangan
iaitu bulan Syawal
walaupun bulan Syafa'at semakin meninggalkan
mereka...

Adakah aku berjaya menghabiskan
Ramadhan tahun ini dengan penuh erti
dan berjaya berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang
serta malam seribu bulan itu berjaya
aku temui walaupun aku tidak
mendapat kepastian...

Sesungguhnya hanya
ALLAH yang Maha mengetahui
apa yang dijadikan NYA
dan apa yang dimatikan NYA..

Bagaimana pula dengan waktuku...
Adakah masaku semakin hampir...
Adakah aku sempat menghabiskan sisa hidup dengan
makna yang diterima oleh NYA..
Ataupun adakah aku sempat bersedia
dalam melalui laluan bertemu NYA..

Semua itu hanya
ALLAH
yang menentukan..
Kun Fayakun....
maka ia pun berlaku..

Allahualam...










No comments:

Post a Comment