Monday, August 8, 2011

Penghujungku....


Mungkin telah tiba waktunya Ramadhan kali ini
untuk aku menyesali apa yang telah
aku lakukan dalam hidup ini
kerana sudah hampir dengan penghujungnya..

Ramadhan waktu sesuai aku bertaubat
sepanjang tempoh aku bernyawa di muka bumi
yang hanya pinjaman semata-mata..

Maafkan lah daku kepada semua
makhluk terutamanya yang bergelar manusia
bahawasanya aku telah melakukan kesalahan
terhadap kamu semua
Sampai masanya aku memohon maaf kepada yang
masih bernyawa..


Hidup yang diaturkan
yang kita hanya memainkan peranannya
namun bukan kita yang mengawal
panjang pendeknya tempoh permainan
selaku kita sebagai khalifah di muka bumi
yang dimiliki
tuhan yang
Maha Mengetahui
yang memiliki
Hari Pembalasan...

Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang tahu akan
tarikh akhirnya
kerana dia mngetahui bahawa
sempat baginya untuk bersedia menghadap
Maha Hakim yang Maha Adil

Ogos 7 2011 bersamaan dengan Ramadhan 7 1432H
genap seminggu berpuasa
masuklah kita ke Ramadhan minggu yang kedua
dalam menunaikan ibadah puasa

Waktu sentiasa bergerak
meninggalkan kita
dan
aku yang hampir dengan masa NYA..

Aku mesti segera....



































































































Sebelum menghadapi NYA...









No comments:

Post a Comment