Monday, October 10, 2011

Gambaran Hari Kiamat

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)


1. Selepas MalaikatIsrafil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yangmemekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapamalaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikatyang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semuamakhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakahkerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendirimenjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi MahaPerkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan ygMaha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakalauntuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumiputih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidakberbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidupmelalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujungtulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembangmembesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jindibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malukerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentangnasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Laludatanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yangmenghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagiyang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akanlupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulahhuru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebalpecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambilbertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saizmalaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudianmatahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakanseakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulamaberkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihariKiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungaimenjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluhsehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam merekabergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutansehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan NabiMuhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapatdiminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau olehmalaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan hausselama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulanperjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebihputih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyaisaluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semuamanusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudianmereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Makamereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia iniberjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adama.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., NabiIbrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebabseperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW.Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahunperjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana merekasangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yangdipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarakperjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuatsehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nuraniyang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batangtiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yangmenempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yangmenghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisimnurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orangmalaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpamacincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yangterletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkankepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika ituberterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasymenuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehinggamereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis olehmalaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusiaberatur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orangkafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiappengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umatyang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalanyang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertamakali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabilatiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabutkitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangankanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyailidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yanggelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, makaseluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akanditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalihdan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan MahaBijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyardibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhlukyang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dandibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin olehTuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka iniberjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akanmula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqimialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebarjambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ialebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dandimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkataperjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinyaseperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalankaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasamenarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Paramalaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yanglalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yangBerjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlahilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnyaapabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akandibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





aq hnya post kn kmbali ape aq bc,,,,,
























No comments:

Post a Comment