Sunday, August 28, 2011

Terawih terakhir 1432H


Akhirnya telah tiba terawih terakhir
untuk 1432H tahun 2011 ini..
Hampir selesai sebulan berpuasa maka
lusalah hari terakhir tarikh Ramadhan dalam
kalendar Islam pada tahun ini...
Kemudian bertemulah
semua umat Islam pada bulan Syawal


Aku masih duduk bersenderian
menapak di kawasan yang masih jauh dari keluarga
walaupun Syawal bakal menjelang tiba..
Sebenarnya aku
tidak ada langsung perasaan untuk beraya
tidak bersedia dengan persiapan raya
tidak bersedia dengan pakaian raya
tidak bersedia bertemu Syawal..

Aku
hanya bersendirian
untuk menghadapi
hari dan waktu
yang tiada siapa yang tahu
kisah sebenar tentang diriku
Hanya Allah yang Maha Mengetahui
apa yang tersurat serta tersirat..
Yang terbuka mahupun yang tersulit..

Menjelajah waktu hanya kita
yang tahu
ape yang kita jejaki..
apa yang kita langkahi..
apa yang kita hadapi
dan juga
apa yang kita hayati..
semuanya kehidupan yang kita pilih
mencerminkan masa hadapan..
samada di dunia mahupun di akhirat..

Takdir..
Qada' dan Qadar
menyusuri hari
pilihan yang tiada siapa pasti..
ketentuan Maha Esa kepada
Hamba NYA....
telah terlakar untuk setiap diri..












Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Terakhir





Langkahku dalam Ramadhan 1432H semakin
menghampiri penghujungnya
kini masuk hari yang ke-25 Ramadhan
bagaimanakah pula dengan Lailatul Qadar...
adakah kita berjaya mendapatkan malam tersebut..

Tiada siapa yang pasti adakah Ramadhan kali ini ataupun
kita berjaya berjumpa dan menghabiskan
Ramadhan akan datang
ataupun kita berjaya menyempurnakan
Ramadhan tahun ini dengan bermakna..

Hanya DIA yang MAHA mengetahui
sejauh manakah penilaian yang telah DIA berikan
terhadap apa yang kita lalui sepanjang
bulan yang amat bermakna untuk
seluruh umat Islam..

Semakin Ramadhan ini hampir melabuhkan tirainya
semakin itu manusia sesetengahnya
sibuk dalam persiapan berjumpa dengan bulan kemenangan
iaitu bulan Syawal
walaupun bulan Syafa'at semakin meninggalkan
mereka...

Adakah aku berjaya menghabiskan
Ramadhan tahun ini dengan penuh erti
dan berjaya berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang
serta malam seribu bulan itu berjaya
aku temui walaupun aku tidak
mendapat kepastian...

Sesungguhnya hanya
ALLAH yang Maha mengetahui
apa yang dijadikan NYA
dan apa yang dimatikan NYA..

Bagaimana pula dengan waktuku...
Adakah masaku semakin hampir...
Adakah aku sempat menghabiskan sisa hidup dengan
makna yang diterima oleh NYA..
Ataupun adakah aku sempat bersedia
dalam melalui laluan bertemu NYA..

Semua itu hanya
ALLAH
yang menentukan..
Kun Fayakun....
maka ia pun berlaku..

Allahualam...










Saturday, August 13, 2011

Pada Mu ku bersujud



Ya Allah..
Jadikan lah aku sebagai hamba yang
tidak putus untuk
berhubung Mu Ya Allah..

Jadikan hamba Mu ini
lengkap dengan segala solat Mu..
lengkap dengan segala amal ibadahnya..
lengkap dengan segala tuntutan aqidahnya...

Waktu ku semakin hampir...
Detik hati ini bagai dapat merasainya..
Ampuni ku Ya Allah..

Aku bersyukur segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepadaku tanpa henti
hingga satu saat segalanya kembali kepada Mu..
Persiapkanlah daku dalam menghadapi Mu
dalam keadaan yang Engkau redhai...








Lagu: Pada Mu ku bersujud
Artis: Afgan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu

Dalam sunyi aku bersujud














Monday, August 8, 2011

Raihan - doa taubat

Penghujungku....


Mungkin telah tiba waktunya Ramadhan kali ini
untuk aku menyesali apa yang telah
aku lakukan dalam hidup ini
kerana sudah hampir dengan penghujungnya..

Ramadhan waktu sesuai aku bertaubat
sepanjang tempoh aku bernyawa di muka bumi
yang hanya pinjaman semata-mata..

Maafkan lah daku kepada semua
makhluk terutamanya yang bergelar manusia
bahawasanya aku telah melakukan kesalahan
terhadap kamu semua
Sampai masanya aku memohon maaf kepada yang
masih bernyawa..


Hidup yang diaturkan
yang kita hanya memainkan peranannya
namun bukan kita yang mengawal
panjang pendeknya tempoh permainan
selaku kita sebagai khalifah di muka bumi
yang dimiliki
tuhan yang
Maha Mengetahui
yang memiliki
Hari Pembalasan...

Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang tahu akan
tarikh akhirnya
kerana dia mngetahui bahawa
sempat baginya untuk bersedia menghadap
Maha Hakim yang Maha Adil

Ogos 7 2011 bersamaan dengan Ramadhan 7 1432H
genap seminggu berpuasa
masuklah kita ke Ramadhan minggu yang kedua
dalam menunaikan ibadah puasa

Waktu sentiasa bergerak
meninggalkan kita
dan
aku yang hampir dengan masa NYA..

Aku mesti segera....



































































































Sebelum menghadapi NYA...